HULU SELANGOR: Aktiviti kempen Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) dijalankan mengikut lunas undang-undang, kata Setiausaha Agung DAP Anthony Loke.
Menteri Pengangkutan itu menafikan telah berlaku penyalahgunaan jentera kerajaan sekali gus menegaskan mana-mana pihak yang tidak berpuas hati boleh mengemukakan aduan kepada pihak berkuasa berkaitan jika PH telah melakukan kesalahan ketika berkempen.
Beliau berkata dalam mana-mana kempen pilihan raya pihaknya sentiasa komited dalam menghormati proses dan undang-undang yang ditetapkan.
"Kita menjalankan kempen kita ini dengan teratur mengikut undang-undang, memang tidak ada apa-apa unsur rasuah, mana-mana pihak yang tak puas hati dia boleh buat petisyen lepas pilihan raya dan sebagainya.
"Saya juga telah pesan kepada calon dan pasukan kita untuk sentiasa mengikuti peraturan-peraturan yang ditetapkan," katanya ketika ditemui selepas program Santai Bersama Menteri Pengangkutan di Akademi Memandu PS Samy di sini hari ini.
PRK KKB yang menyaksikan pertandingan empat penjuru melibatkan Pang Sock Tao (PH), Khairul Azhari Saut (PN), Hafizah Zainuddin (Parti Rakyat Malaysia) dan Nyau Ke Xin (Bebas), diadakan susulan kematian penyandangnya Lee Kee Hiong, 58, akibat kanser pada 21 Mac lepas.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan Sabtu ini sebagai hari pengundian PRK KKB.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 09 2024
Loke menegaskan mana-mana pihak yang tidak berpuas hati boleh mengemukakan aduan kepada pihak berkuasa. - Bernama
Seorang maut, 25 cedera insiden tembakan di Ohio
Polis menerima beberapa panggilan lewat tengah malam yang melaporkan kejadian itu berlaku di Kelly Street dan 8th Avenue.
Penggiat industri teknologi perlu pergiat usaha pastikan graduan bersedia untuk AI
Penggiat industri teknologi perlu meningkatkan usaha bagi memastikan graduan bersedia untuk memenuhi lonjakan permintaan terhadap bakat kecerdasan buatan (AI).
423 kes jenayah komersial di Johor sepanjang Mei, rugi RM15.6 juta
Sebanyak 423 kes melibatkan jenayah komersial dengan jumlah kerugian mencecah RM15.6 juta direkodkan di Johor sepanjang bulan lepas.
Tunai haji tanpa permit: Arab Saudi mula kuat kuasa hukuman
Pihak Keselamatan Awam Arab Saudi telah mula menguatkuasakan penalti bagi mereka yang melanggar peraturan dengan memasuki kawasan larangan tanpa permit haji.
Daniel sedia galas tugas bek sayap bagi lebih sengat skuad Harimau Malaya
Daniel Ting bersedia untuk mengambil alih peranan lebih menyerang bagi mengimbangi ketiadaan beberapa pemain sayap pada pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 bulan ini.
Sabah galak lebih ramai penduduk guna pembayaran tanpa tunai - Hajiji
Kerajaan Sabah menggalakkan lebih ramai penduduk Sabah menggunakan dan memanfaatkan pembayaran tanpa tunai bagi memudahkan cara pembayaran.
Indonesia sedia hantar pasukan pengaman ke Gaza - Prabowo
Prabowo Subianto mengesahkan kesediaan Indonesia untuk menghantar pasukan pengaman ke Semenanjung Gaza jika perlu.
Perhilitan tangkap seekor lagi beruang matahari di Tanah Merah
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan berjaya menangkap seekor lagi beruang matahari di Kampung Air Asahan Hulu.
Atlet menembak dinobat olahragawan, olahragawati TLDM 2023
PAP Mohd Azlan Md Salleh dan Leftenan Nur Suryani Mohamed Taibi dinobatkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati TLDM 2023 pada Majlis Apresiasi Kecemerlangan Sukan TLDM.
Wanita wajar dihargai atas jasa, pengorbanan dan pencapaian mereka - Noraini
Golongan wanita yang merupakan tonggak sesebuah institusi kekeluargaan, adalah penting untuk dihargai dan disanjungi atas segala pengorbanan yang dilakukan mereka.
PRK KKB: Warga emas pamer gambar Agong akan dituduh semula
Majistret menetapkan tarikh itu selepas pihak pendakwaan memaklumkan tertuduh P Ramasamy, 66, tidak dibawa di mahkamah pada Jumaat.
PRK Kuala Kubu Baharu: Tiada laporan 3R diterima sepanjang kempen - Ketua Polis Negara
Polis tidak menerima sebarang laporan membabitkan isu 3R iaitu raja, agama dan kaum, sepanjang tempoh 14 hari kempen Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu berlangsung.
Kempen PH dijalankan mengikut lunas undang-undang - Loke
Loke menegaskan mana-mana pihak yang tidak berpuas hati boleh mengemukakan aduan kepada pihak berkuasa.
PRK Kuala Kubu Baharu: PH amal politik matang kempen dekati pengundi - Saifuddin
Pakatan Harapan (PH) sentiasa mengamalkan budaya politik matang dalam mendekati pengundi pada kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB).
[KOLUMNIS] PRK Kuala Kubu Baharu: Menilai strategi GOTV di KKB
Hari ini, faktor jentera akan memainkan peranan penting kerana kedua-dua calon utama sudah diperkenalkan dan tidak lagi dijadikan isu yang berlarutan sehingga timbul curiga di kalangan pengundi.
Alif Satar perluas kempen #GengSubuhMacamJumaat ke UK
Alif akan bekerjasama dengan kedutaan Malaysia di UK bagi merealisasi inisiatif berkenaan.
PRK Kemaman: Hujan lebat tidak halang kempen calon BN
Hujan lebat sejak subuh tidak menghalang calon Barisan Nasional untuk meneruskan kempennya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman.
PRK Kemaman: SPR tubuh lima pasukan penguat kuasa kempen
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menubuhkan lima Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya bagi memantau aktiviti calon yang bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman.
PRK Pelangai: Kempen secara berhemah - Jalaluddin Alias
Jalaluddin berkata mereka seharusnya berbicara soal dasar dan perancangan yang ingin dilaksana bagi membolehkan rakyat membuat pilihan.
PRK: Suhu kempen masih suam, perang poster, bendera hambar
Suhu kempen bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram masih lagi suam-suam kuku dengan "enjin" jentera kempen bagi parti-parti yang bertanding dilihat